KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, mendakwa tentera Korea Utara akan dihantar ke medan perang Ukraine oleh Rusia seawal hujung minggu ini. Barat memberi amaran mengenai kehadiran unit Korea Utara di medan perang akan meningkatkan konflik hampir tiga tahun serta memberi impak geopolitik sehingga ke rantau Indo-Pasifik, sekali gus meningkatkan ketegangan diplomatik. Jurucakap Keselamatan White House, John Kirby berkata, penasihat keselamatan tertinggi dari Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan telah mengadakan pertemuan dan menyatakan ‘kebimbangan serius’ terhadap penglibatan tentera Korea Utara dalam membantu Russia melawan Ukraine. Kirby berkata, terdapat lebih 3,000…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya