Komander Israel terbunuh dalam serangan di utara Gaza

Komander Israel terbunuh dalam serangan di utara Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel mengumumkan kematian seorang komander briged dalam satu letupan di utara Gaza, ketika pasukan Israel giat melancarkan serangan besar-besaran yang mensasarkan Hamas.

Kolonel Ahsan Daksa, komander Briged ke-401, terbunuh di kawasan Jabalia apabila mangsa terkena bahan letupan ketika keluar dari kereta kebal, menurut Jurucakap Tentera, Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu taklimat.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dalam kenyataan berasingan menyebut Daksa terbunuh ‘ketika bertempur dengan pejuang Hamas.’

Hagari menambah seorang lagi komander batalion dan dua pegawai turut cedera ringan dalam kejadian tersebut.

“Mereka keluar untuk memerhati kawasan dan terkena bahan letupan,” katanya.

Daksa, 41, adalah anggota komuniti Druze dan baru dilantik sebagai komander briged empat bulan lalu.

Beliau adalah antara komander tentera paling senior yang terbunuh dalam perang setahun di Gaza.

Tentera Israel melancarkan serangan darat dan udara yang hebat di Jabalia serta kawasan lain di utara Gaza pada 6 Oktober lalu, dengan matlamat untuk menghalang Hamas daripada kembali mengumpul kekuatan.

Sementara itu, agensi pertahanan awam berkata, lebih 400 orang terbunuh dalam serangan dua minggu itu yang masih berterusan pada Ahad.

Kematian beliau menjadikan jumlah korban tentera Israel dalam kempen Gaza meningkat kepada 358 orang sejak bermulanya serangan darat di wilayah Palestin itu pada 7 Oktober, tahun lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya