Kilang lebur besi haram cemar Sungai Linggi didenda RM50, 000

Kilang lebur besi haram cemar Sungai Linggi didenda RM50, 000

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah kilang menjalankan peleburan besi secara haram sehingga mencemarkan Sungai Linggi didenda RM50, 000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini, semalam. 

Syarikat, Cemerlang Metal Sdn Bhd yang diwakili Pengarahnya, Chia Chin Huat sebagai Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah  di atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam. 

Menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, premis yang terletak di lot 894, Batu 5 ¼, Jalan Seremban Jelebu, Seremban itu didapati melakukan kesalahan di  bawah Peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS)(Udara Bersih) 2014 iaitu tidak mengemukakan Pemberitahuan Bertulis bagi penggunaan ‘smelting furnace’ yang boleh mewujudkan satu punca pengeluaran baru. 

Selain itu, premis itu turut melanggar Peraturan 3(1) PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 iaitu gagal memberitahu Ketua Pengarah Alam Sekitar tentang tarikh pengeluaran, kategori dan kuantiti buangan terjadual yang dihasilkan serta Peraturan 9(1), PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 iaitu gagal menstor buangan terjadual dalam bekas yang sesuai dan tahan lasak dan boleh mencegah pertumpahan atau kebocoran ke alam sekeliling.

Pendakwaan telah dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Muhammad Fitri Soroni.

Pada 23 Mei lalu, media melaporkan kilang yang  beroperasi di atas tanah berstatus pertanian sejak 2020 dengan menggajikan warga asing telah mencemarkan Sungai Linggi yang mengalir ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya