PETALING JAYA: Impian beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark 2024 lebur selepas tersingkir pada aksi pusingan kedua, sebentar tadi.
Beregu No. 17 dunia itu terpaksa akur kepada pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeon Na Eun 18-21, 16-21 di Arena Jyske Bank.
Keputusan itu menyaksikan pasangan Korea Selatan, Won Ha-Na Eun berjaya menyamakan rekod pertemuan kepada 3-3.
Pasangan N0. 6 dunia itu seterusnya akan menentang gandingan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang pada aksi suku akhir esok. – UTUSAN