LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) mengesan kes pertama varian baharu mpox, clade Ib melibatkan seorang pesakit yang mengunjungi negara Afrika. Bagaimanapun, UKHSA berkata, risiko kepada populasi umum masih kekal rendah. Pihaknya kini memantau kontak rapat pesakit bagi mengawal penyebaran varian tersebut. Varian clade Ib adalah jenis baharu virus mpox yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Ogos lalu, selepas wabak di Republik Demokratik Congo merebak ke negara-negara jiran di Afrika. Sebelum ini, kes-kes varian mpox clade Ib dilaporkan di Burundi, Rwanda, Uganda, Kenya, Sweden, India…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya