Kes dera, gangguan seksual pelajar tahfiz, bapa mangsa mahu ambil tindakan

Kes dera, gangguan seksual pelajar tahfiz, bapa mangsa mahu ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada  salah seorang empat pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah yang didakwa menjadi mangsa buli dan gangguan seksual tidak teragak-agak mengambil tindakan lanjut terhadap apa yang berlaku.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, buat masa ini dia masih menunggu keputusan siasatan polis namun sekiranya benar seperti didakwa anaknya menjadi mangsa penderaan perkara itu amat mengecewakan.

“Sekiranya benar dakwaan anak saya menjadi mangsa dera dan perbuatan seksual, saya amat kecewa dan tidak teragak-agak membawa kes ini ke tengah.

“Jika saya sebagai bapa tidak dapat memberi perlindungan kepada anak saya sedangkan ia sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya siapa lagi?

”Malah bukan sahaja kepada darah daging saya tetapi juga untuk masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, dia tidak akan berkompromi dengan jenayah tidak kira kepada anaknya atau anak individu lain.

Terdahulu, tiga beradik ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes empat pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah yang melarikan diri selepas dipercayai menjadi mangsa buli dan seksual.

Kesemua suspek berusia 13 hingga 20 tahun itu ditahan di kediaman mereka kelmarin.

Ketiga-tiga  suspek belajar di pusat tahfiz sama dengan empat mangsa.

Polis semalam mengesahkan terdapat kesan kecederaan terhadap empat pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya