Kerap buang sampah dalam longkang, warga emas maut dipukul

Kerap buang sampah dalam longkang, warga emas maut dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang warga emas berusia 70 tahun meninggal dunia akibat penganiayaan di kawasan perumahan Johar Baru, Jakarta Pusat, Ahad lalu.

Ketua Polis Sektor Johar Baru, Pesuruhjaya Polis Saiful Anwar berkata, pertikaian itu berpunca daripada sikap mangsa yang kerap membuang sampah di longkang.

“Suspek pulang dari menjual kopi dan ternampak mangsa ingin membuang sampah di belakang tiang.

“Selepas bertengkar secara lisan, berlaku pertengkaran fizikal yang mengakibatkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya pada Selasa.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti berhampiran, namun kerana keadaannya kritikal, dia dirujuk ke Hospital Islam Cempaka Putih.

Malangnya, walaupun menerima rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 12.05 tengah hari (waktu tempatan).

Polis Sektor Johar Baru bertindak pantas selepas menerima laporan pada pukul 11.00 pagi (waktu tempatan).

Sejam selepas laporan diterima, polis berjaya menahan suspek tanpa tentangan.

Bukti yang diambil dari tempat kejadian termasuk keterangan bertulis mengenai mangsa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV), topi milik suspek, seluar pendek hitam dan sepasang sandal kulit hitam dan coklat.

Suspek didakwa mengikut Perkara 351 Perenggan (3) Kanun Jenayah (KUHP) berhubung penyerangan yang mengakibatkan kematian mangsa, dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN