Kerajaan UK pertimbang wajibkan kabel pengecasan seragam

Kerajaan UK pertimbang wajibkan kabel pengecasan seragam bagi peranti elektronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) sedang meneliti kemungkinan untuk mewajibkan semua peranti elektronik baharu menggunakan jenis kabel pengecasan yang sama.

Satu panggilan untuk mengumpul pandangan dilancarkan bulan ini bagi mendapatkan maklum balas mengenai faedah menggunakan satu jenis kabel pengecasan seperti USB-C, yang digunakan oleh kebanyakan peranti moden.

Langkah ini menyusul selepas Kesatuan Eropah (EU) meluluskan undang-undang pada 2022 yang menghendaki syarikat pengeluar peranti elektronik bersaiz kecil hingga sederhana menggunakan pengecas USB-C menjelang Disember tahun ini.

Ketika itu, Kerajaan UK memaklumkan pihaknya tidak bercadang untuk melaksanakan peraturan yang sama.

Undang-undang EU bertujuan mengurangkan sisa elektronik dengan mewajibkan pengeluar peranti seperti telefon bimbit, pembaca e-buku, dan fon telinga menggunakan pengecas USB-C.

Apple sebelum ini mengkritik keputusan tersebut, namun akhirnya menghentikan penggunaan kabel pengecasan proprietari ‘Lightning’ untuk iPhone pada 2023.

Apple memperkenalkan penyambung Lightning iPhone 5 pada 2012, tetapi terpaksa dihentikan selepas lebih satu dekad digunakan dan digantikan dengan port USB-C bermula dengan iPhone 15 yang dilancarkan September lalu.

Kumpulan pengguna sering menyuarakan kebimbangan mengenai pelbagai jenis kabel pengecasan yang diperlukan serta dibuang, menganggapnya sebagai punca utama sisa elektronik.

Badan amal Materials Focus yang menggalakkan kitar semula peranti elektrik mendorong orang ramai untuk mengitar semula kabel lama bagi memenuhi permintaan terhadap kandungan kuprum semakin meningkat.

Namun, sesetengah pihak memberi amaran bahawa arahan EU tersebut mungkin menyebabkan peningkatan pembuangan kabel Lightning dalam beberapa tahun akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya