Kematian tragis Yahya Sinwar, maut akibat tembakan di kepala

Kematian tragis Yahya Sinwar, maut akibat tembakan di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Ahli Patologi Israel dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan, Dr. Chen Kugel menjelaskan punca kematian pemimpin Hamas, Yahya Sinwar akibat kecederaan otak traumatik yang teruk akibat tembakan di kepala.

Dr. Chen yang menjalankan autopsi terhadap jenazah Yahya berkata, beliau turut menemukan kecederaan lain termasuk di lengan kanan akibat tembakan peluru berpandu.

Jelasnya, terdapat juga kecederaan pada kaki kiri akibat terkena runtuhan binaan serta kecederaan serpihan pada tubuhnya.

Terdahulu, tentera Israel berkata, Yahya terbunuh apabila bangunan tempatnya bersembunyi di Rafah diserang dengan tembakan kereta kebal.

Yahya yang merupakan Ketua Biro Politik Hamas disahkan terkorban dalam serangan Khamis lalu.

Berita dukacita itu disahkan oleh Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Khalil Hayya menerusi rakaman video dalam Telegram.

Berita kematian pemimpin itu juga tular dalam platform Twitter sehingga meraih 1.3 juta ciapan dari penduduk seluruh dunia.

Kematian Yahya yang sinonim dengan gelaran Umar al-Khattab kerana sifat keberaniannya itu juga menuai simpati mendalam daripada masyarakat antarabangsa.-AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya