Johannesburg cadang tukar nama jalan sempena pejuang wanita

Johannesburg cadang tukar nama jalan utama sempena pejuang wanita Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Pegawai di bandar terbesar Afrika Selatan, Johannesburg, mencadangkan penukaran nama sebuah jalan utama di daerah kewangan Sandton kepada nama Leila Khaled, wanita Palestin yang terlibat dalam rampasan pesawat lebih 50 tahun lalu.

Cadangan ini mencetuskan kritikan dari beberapa parti politik dan komuniti Yahudi di bandar itu.

Leila Khaled, yang kini berusia 80 tahun, merupakan seorang warga Palestin dan ahli kumpulan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP).

Beliau menjadi terkenal pada tahun 1969 apabila terlibat dalam rampasan pesawat Trans World Airlines yang dalam perjalanan dari Rom ke Tel Aviv, Israel sekaligus menjadi wanita pertama yang merampas pesawat dalam sejarah.

Pada tahun berikutnya, Khaled juga merupakan salah seorang yang cuba merampas pesawat Israel Airlines dari Amsterdam ke New York, yang mengakibatkan seorang lagi perampas ditembak mati oleh pegawai keselamatan udara.

Israel menganggap Khaled sebagai seorang pengganas, namun beliau dilihat sebagai pahlawan dan pejuang kebebasan oleh rakyat Palestin serta segelintir rakyat Afrika Selatan yang menyokong perjuangan Palestin.

PFLP merupakan sebahagian daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang diiktiraf secara antarabangsa sebagai wakil rakyat Palestin walaupun PLO, khususnya Fatah, mengiktiraf hak Israel untuk wujud.

PFLP tidak berbuat demikian dan dianggap kumpulan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat, dan sekutu Barat yang lain.

Afrika Selatan mempunyai hubungan rapat dengan rakyat Palestin dan telah menuduh Israel melakukan genosid dalam perang di Gaza, dalam satu kes sensitif yang sedang dibicarakan di mahkamah tertinggi PBB.

Hubungan antara Afrika Selatan dan Israel sering kali tegang berikutan kes ini kerana Khaled sebelum ini pernah melawat negara Afrika tersebut.

Cadangan tersebut pada awalnya dikemukakan oleh Al Jamaah, sebuah parti minoriti pro-Palestin di dewan bandar Johannesburg, dan disokong oleh Kongres Kebangsaan Afrika (ANC). -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya