JDT kelima terbaik Asia, No.1 ASEAN

JDT kelima terbaik Asia, No.1 ASEAN

PEMAIN-Pemain JDT menunjukkan prestasi cukup baik di Liga Juara-Juara Asia Elite.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan nama mereka di persada Asia selepas muncul sebagai kelab kelima terbaik.

Sementara itu, empat kelab Asia yang berada di atas JDT adalah Al-Hilal, Al-Nassr, Vissel Kobe dan Sanfrecce Hiroshima.

Kedudukan berkenaan telah dikeluarkan oleh laman Opta Power Ranking selepas melakukan kemas kini terbaharu.

Berdasarkan kedudukan itu, ia meletakkan kelab dimiliki Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim sebagai kelab pertama di Asia Tenggara ketika pencabar terdekat mereka Buriram United berada di tangga ke-24 Asia.

JDT juga kini berada di ranking ke-231 dunia ketika tiada kelab lain dari Malaysia berada dalam senarai 1,000 pasukan terbaik.

Dalam pada itu, beberapa pasukan Liga Super seperti Selangor FC berada di kedudukan ke-1,121 dunia manakala Terengganu FC di tangga ke-1,666.

Terdahulu, selepas mengharungi dua perlawanan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024-25, pendahulu Liga Super itu telah mengutip empat mata selepas dua perlawanan.

Mereka membuka saingan ACLE seri 2-2 dengan pendahulu Liga Super China, Shanghai Port sebelum membelasah satu lagi kelab China, Shanghai Shenhua 3-0 di laman sendiri, Selasa lalu.

Kemenangan itu membolehkan JDT ketika ini berada di tangga kedua bagi kedudukan Zon Timur di belakang pendahulu, Gwangju yang mengutip enam mata selepas dua perlawanan.

Untuk layak ke pusingan kalah mati, hanya lapan pasukan terbaik akan dipilih.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN