Jawatan presiden PKBM milik Amarjit

Jawatan presiden PKBM milik Amarjit

DATUK Amarjit Singh Gill kini menjadi presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Amarjit Singh Gill melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai presiden baharu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), hari ini.

Beliau memenangi saingan tiga penjuru, menewaskan Yunus Ibrahim serta pemangku presiden, Mazlan Ab Jail dalam Mesyuarat Agung Khas (Pemilihan Presiden) bagi penggal 2023-2026.

Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menewaskan Yunus dengan undian 35-23.

Mazlan pula tidak menerima sebarang undi dengan Persatuan Berbasikal Terengganu turut tidak menghantar perwakilan pada mesyuarat berkenaan serta dua undi disahkan rosak.

Untuk rekod, Amarjit berjaya mengulangi pencapaian yang dilakukan oleh bapanya Tan Sri Darshan Singh yang mana memangku tugas selaku presiden pada 1988 hingga 1990.

Selepas Darshan, Allahyarham Datuk Abu Samah Abd Wahab memegang jawatan selaku presiden sejak 1990 sehingga beliau meninggal dunia pada November tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya