LONDON: Sepakan penalti minit-minit akhir oleh Jarrod Bown memberikan West Ham kemenangan 2-1 ke atas Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
The Red Devils bermula cemerlang dengan banyak peluang dihasilkan oleh Alejandro Garnacho, Casemiro, Marcus Rashford serta Diogo Dalot dan keputusan kekal 0-0 sehingga tamat masa pertama.
Babak kedua menyaksikan pemain gantian West Ham, Crysencio Summerville memecah kebuntuan pada minit ke-74.
Tujuh minit kemudian, Casemiro menjaringkan gol menerusi tandukan yang dibantu oleh Joshua Zirkee.
Beberapa minit selepas gol penyamaan terbabit, pertahanan United, Matthijs de Light mengasari Danny Ings pada minit ke-88 dan memaksa pengadil melihat Video Bantuan Pengadil (VAR).
Hasil keputusan VAR menyaksikan West Ham dihadiahkan sepakan penalti dan Bowen berhasil menyempurnakan peluang terbabit pada minit ke-92. – AGENSI