Izzah tamatkan perlumbaan keirin dunia di tempat ketujuh

Izzah tamatkan perlumbaan keirin dunia di tempat ketujuh

NURUL Izzah Izzati berjaya memadam kekecewaan pada ujian masa 500 meter (m) wanita selepas menduduki tempat ketujuh pada acara keirin wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024, di Ballerup Super Arena, Denmark, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba sensasi berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjaya menamatkan acara keirin wanita di tempat ketujuh pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024, hari ini.

Izzah sebelum ini terlepas penentuan pingat emas selepas terkandas di peringkat separuh akhir apabila berada di tempat kelima pada aksi saringan kedua dan perlu bersaing bagi penentuan tempat ketujuh hingga 12.

Pelumba berusia 21 tahun itu menerima tentangan sengit daripada wakil China, Wang Lijuan pada aksi penentuan berkenaan dan akhirnya mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memastikan tempat ketujuh menjadi miliknya.

Dalam pada itu, gelaran juara dunia keirin wanita diraih oleh pelumba Jepun, Sato Mina manakala pingat perak menjadi milik, wakil Belanda, Hetty van de Wouw diikuti atlet Great Britain, Katy Marchant membawa pulang gangsa.

Terdahulu, Izzah menamatkan acara pusingan kelayakan 500 meter (m) ujian masa wanita semalam, di tempat ke-17 dengan catatan 34.548 saat (s). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN