Israel serang Syria, seorang tentera maut - Utusan Malaysia

Israel serang Syria, seorang tentera maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Serangan Israel terhadap ibu kota Syria, Damsyik dan tapak tentera berhampiran bandar Homs di bahagian barat, awal pagi hari ini, mengorbankan seorang tentera dan tujuh yang lain.

Kementerian Pertahanan Syria berkata, serangan itu menyasarkan kejiranan tengah Damsyik di Kafr Sousa dan tapak tentera di kawasan luar bandar Homs.

Serangan itu turut menyebabkan ‘kerosakan material’ tanpa ulasan lanjut.

Media Kerajaan Syria melaporkan bunyi letupan kedengaran di Damsyik selepas Israel menyerang sebuah bangunan kediaman di Kafr Sousa.

Israel melancarkan serangan terhadap sasaran berkaitan Iran di Syria sejak bertahun-tahun lalu, dan meningkatkan serangan sejak 7 Oktober, tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya