GAZA: Rakyat Palestin sekali lagi dipaksa melarikan diri akibat serangan dahsyat Israel, dengan ribuan penduduk dikumpulkan dan diperiksa sebelum diarah meninggalkan utara Gaza. Menerusi video yang disahkan oleh AFP menunjukkan penduduk Gaza dipindahkan melalui pos kawalan tentera Israel di Jabalia, yang menjadi tumpuan operasi besar rejim sejak awal Oktober lalu. Mereka berjalan melewati kereta kebal Israel di jalan yang penuh runtuhan dan diperiksa sebelum dibenarkan melintasi pos kawalan. Paramedik, Nevin Al-Dawasah berkata, dia terperangkap selama 16 hari di pusat perlindungan menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Jabalia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya