Israel lancar serangan udara di Syria - Utusan Malaysia

Israel lancar serangan udara di Syria

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Israel melancarkan serangan udara yang menyasarkan tapak perindustrian di bandar Homs, Syria dan tapak tentera di kawasan luar bandar berhampiran bandar Hama.

Bagaimanapun, serangan itu hanya menyebabkan ‘sebahagian kerosakan material’, menurut saluran televisyen milik Kerajaan Syria.

Rejim Israel menyasarkan sebuah kilang pembuatan kereta di tapak perindustrian di Homs, yang menyebabkan berlakunya kebakaran dan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

Pengarah Tapak Perindustrian itu, Amer Khalil berkata, bunyi letupan kedengaran di bandar Daraa, Syria.

Sejak bertahun-tahun lalu, Israel melancarkan serangan terhadap sasaran berkaitan Iran di Syria dan meningkatkan serbuannya sejak serangan 7 Oktober tahun lalu di Gaza. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya