Israel lancar serangan terhadap sayap kewangan Hezbollah

Israel lancar serangan terhadap sayap kewangan Hezbollah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tentera Israel mengumumkan serangan terhadap sayap kewangan Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan dan akan menyasarkan ‘sebanyak mungkin sasaran’ di Beirut dan kawasan lain.

Amaran pemindahan dikeluarkan untuk selatan Beirut, Lembah Bekaa di timur, dan beberapa kawasan di selatan Lubnan.

Amaran itu dikeluarkan beberapa jam selepas Israel mendakwa telah menyerang ibu pejabat perisikan Hezbollah di Beirut, manakala pegawai di Gaza melaporkan penyelamat masih mencari mangsa di bawah runtuhan susulan serangan Israel pada Sabtu yang mengorbankan puluhan nyawa.

“Kepada Penduduk Lubnan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) akan memulakan serangan ke atas infrastruktur milik Persatuan Al-Qard Al-Hassan Hezbollah, segera tinggalkan kawasan tersebut,” kata jurucakap tentera dalam satu kenyataan di platform X.

Serangan itu akan menyasarkan Al-Qard Al-Hassan di seluruh Lubnan, menurut pegawai perisikan Israel.

Institusi kewangan tersebut mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh Lubnan, termasuk 15 di Beirut dan pinggirannya.

Al-Qard Al-Hassan merupakan unit Hezbollah yang digunakan untuk membayar operasi kumpulan yang disokong Iran serta membantu pembelian senjata.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Al-Qard Al-Hassan menyifatkan keputusan Israel untuk menyasarkan mereka sebagai tanda ‘kebankrapan’ dan memberi jaminan pihaknya telah mengambil ‘langkah-langkah’ untuk memastikan dana pelanggan selamat.

Dalam masa sama, tentera Israel melancarkan serangan darat dan udara ke atas Hezbollah di Lubnan sebagai tindak balas terhadap sokongan kumpulan itu terhadap Hamas dalam perang Gaza yang berlarutan lebih setahun.

Di Gaza, serangan Israel menyebabkan lebih 42,500 orang terbunuh menurut pegawai Palestin, manakala lebih 5,000 penduduk telah meninggalkan Jabalia melalui laluan yang ditetapkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya