GAZA: Tentera Israel menggunakan kereta kebal untuk mengebom sebuah sekolah yang bertukar menjadi tempat perlindungan di utara Gaza, Beit Lahiya, sehingga mengorbankan tujuh rakyat Palestin.
Serangan itu berlaku ketika penduduk Palestin yang melarikan diri dari Beit Lahiya melihat mayat bergelimpangan di jalanan dan askar Israel menahan serta memukul golongan lelaki.
Di Gaza, angka korban kini meningkat 42,718 orang dan 100,282 yang lain mengalami kecederaan sejak serangan Israel, 7 Oktober, tahun lalu. -AL JAZEERA