Israel bincang rundingan tebusan dengan Hamas - Utusan Malaysia

Israel bincang rundingan tebusan dengan Hamas

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel mengesahkan pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan perantara antarabangsa mengenai rangka kerja cadangan rundingan dengan Hamas berhubung pertukaran tawanan di Gaza.

Pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memaklumkan Ketua Perisikan Mossad, David Barnea, telah bertemu dengan pegawai-pegawai dari AS dan Qatar di Doha dan bersetuju untuk berbincang dengan Hamas mengenai kesepakatan untuk membebaskan rakyat Israel yang diculik dalam serangan 7 Oktober, tahun lalu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan dua hari selepas Presiden Mesir,Abdel Fattah El-Sisi mencadangkan gencatan senjata selama dua hari dan pertukaran tawanan terhad, yang katanya boleh membawa kepada gencatan senjata secara tetap.

“Dalam mesyuarat tersebut, pihak-pihak yang terlibat membincangkan rangka kerja bersatu yang baharu yang menggabungkan cadangan-cadangan sebelumnya dan juga mengambil kira isu-isu penting serta perkembangan terkini di kawasan ini,” kata pejabat Netanyahu.

Dalam beberapa hari akan datang, perbincangan akan diteruskan antara perantara dan Hamas untuk menilai kesesuaian rundingan dan mempromosikan usaha-usaha bagi mencapai kesepakatan.

Presiden AS,Joe Biden, ketika ditanya mengenai kemungkinan gencatan senjata berkata,beliau akan segera berbincang dengan Israel untuk mendesak gencatan senjata itu.

“Staf saya sedang berbincang dengan mereka sekarang.

“Kita perlu gencatan senjata. Kita perlu mengakhiri peperangan ini. Ia perlu berakhir, ia perlu berakhir, ia perlu berakhir,” katanya.

Amerika Syarikat adalah pembekal ketenteraan utama Israel dan juga merupakan perantara dalam rundingan di Doha.

Biden tetap menyokong Israel untuk mempertahankan diri walaupun terdapat kemarahan antarabangsa terhadap angka kematian yang semakin meningkat di Gaza dan Lubnan, dengan Israel terlibat dalam perang darat dan udara terhadap kumpulan Hezbollah yang disokong Iran,sebulan lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya