Iran lancar lebih 180 peluru berpandu ke Israel - Utusan Malaysia

Iran lancar lebih 180 peluru berpandu ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Iran melancarkan lebih 180 peluru berpandu ke arah Israel dalam serangan berskala besar yang meningkatkan lagi kebimbangan perang serantau di Asia Barat.

Serangan menyebabkan berjuta-juta penduduk Israel bergegas ke tempat perlindungan sebelum letupan menerangi langit malam di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.

Anggota paramedik melaporkan dua individu cedera ringan akibat terkena serpihan serangan.

Tentera Israel berkata, kebanyakan peluru berpandu berjaya dipintas dengan bantuan Amerika Syarikat.

Cahaya jingga peluru berpandu melintasi langit Israel, sementara siren amaran serangan udara berbunyi dan penduduk bergegas ke tempat perlindungan bom.

Israel berikrar akan membalas serangan Iran, yang menurutnya hanya menyebabkan beberapa cedera ringan.

Sebuah video di media sosial menunjukkan peluru berpandu Iran meletup kurang daripada satu kilometer di barat laut ibu pejabat Mossad di pinggir Tel Aviv, lapor CNN.

Menurut Mehr News, Iran menggunakan peluru berpandu hipersonik Fattah 1 buat kali pertama semasa serangan terhadap Israel.

Fattah dianggap sebagai peluru berpandu hipersonik pertama buatan domestik Iran.

Tentera Iran memperkenalkan senjata tersebut tahun lalu, dengan kemampuannya bergerak sehingga 15 kali kelajuan bunyi dan berupaya menyasarkan sistem pertahanan peluru berpandu.

Sebelum serangan Iran, Israel melancarkan pengeboman dahsyat sejak beberapa minggu lalu terhadap pemimpin Hezbollah di Lubnan.

Israel kemudian meningkatkan tekanan terhadap kumpulan yang disokong Iran itu dengan melancarkan pencerobohan darat terhad di selatan Lubnan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya