NEW DELHI : Industri penerbangan India menjadi huru-hara apabila menerima lebih 100 ancaman bom palsu dalam tempoh beberapa hari. Ancaman itu memaksa pesawat untuk menunda jadual, mengubah laluan dan melakukan pendaratan kecemasan, sekali gus menimbulkan kerugian besar menjelang perayaan Deepavali. Ugutan terbabit menyasarkan penerbangan domestik dan antarabangsa, termasuk perjalanan jarak jauh ke destinasi seperti New York. Kes ancaman paling berprofil tinggi melibatkan Air India minggu lalu, apabila salah satunya menuju ke Chicago terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar paling utara Kanada. Sebuah lagi penerbangan ke Singapura diiringi jet pejuang Singapura…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya