Imej satelit papar kerosakan pangkalan udara jet F-35 Israel selepas serangan Iran

Imej satelit papar kerosakan pangkalan jet F-35 Israel selepas serangan Iran

iran
Imej satelit menunjukkan kerosakan pada bumbung hangar pangkalan udara Nevatim di selatan Israel yang menyimpan pesawat F-35 Lightning II. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Imej satelit menunjukkan terdapat lubang besar di pangkalan udara tentera Israel berikutan serangan peluru berpandu Iran secara besar-besaran pada malam Selasa, lapor agensi berita AP.

Imej pangkalan udara Nevatim di selatan Israel menunjukkan kerosakan pada bumbung dalam deretan bangunan berhampiran landasan utama, dan serpihan besar boleh dilihat di sekitar bangunan itu, lapor AP.

Nevatim adalah pangkalan kepada pesawat tercanggih tentera udara Israel, termasuk jet pejuang siluman F-35 Lightning II keluaran Amerika Syarikat (AS).

Tidak jelas daripada imej satelit sama ada mana-mana pesawat berada di hangar ketika ia dibom.

Tentera Israel masih membisu berhubung perkara itu dan belum mengeluarkan sebarang komen.

Nevatim juga mengalami kerosakan ringan semasa serangan peluru berpandu dan dron Iran pada April. – Al Jazeera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN