ICC teruskan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, Hamas

ICC teruskan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, Hamas

PERDANA Menteri, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant menghadiri sidang media di pangkalan tentera Kirya di Tel Aviv.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) masih tetap dengan keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa tokoh utama Palestin dan Israel. 

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan menuduh pemimpin-pemimpin itu bertanggungjawab terhadap pelbagai jenayah perang dan kemanusiaan. 

Individu yang diburu termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar; Komander Sayap Ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam, Mohammed Diab Ibrahim Al-Masri, atau lebih dikenali sebagai Deif serta bekas Ketua Biro Politik Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel Julai lalu, Ismail Haniyeh.  

Selain itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant juga menjadi buruan ICC. 

Mengenai pemimpin Hamas, Khan berkata, terdapat alasan munasabah untuk mempercayai mereka bertanggungjawab terhadap kematian ratusan orang awam Israel dalam serangan 7 Oktober, tahun lalu dan penculikan 245 tebusan. 

“Kami mendapati jenayah-jenayah ini tidak mungkin dilakukan tanpa tindakan mereka,” kata Khan dalam kenyataan.

Khan juga menegaskan Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab atas jenayah perang, termasuk menyebabkan kebuluran orang awam sebagai taktik peperangan. 

Mereka juga sengaja menyebabkan penderitaan besar, serangan terhadap penduduk awam, pembunuhan besar-besaran, serta tindakan tidak berperikemanusiaan yang lain.

Minggu lalu, Kementerian Luar Israel telah memfailkan petisyen untuk merayu terhadap waran tersebut, menyatakan ICC gagal memberi Israel peluang untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh pendakwa sebelum meneruskannya.

Bagaimanapun, Khan menegaskan pejabatnya sedang menyiasat jenayah yang didakwa dilakukan oleh pemimpin Hamas dan Israel, sambil menambah, tiada sebarang permohonan dari Israel sejak 2021 hingga hari ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengkritik tindakan Khan sebagai ‘melampau’, dengan menyatakan permohonan waran terhadap pemimpin Israel seolah-olah menyamakan Hamas dengan Israel. 

Beberapa penggubal undang-undang AS mengutuk ICC, terutamanya dari parti Republikan mengancam untuk mengenakan tindakan terhadap tribunal tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya