BEIRUT: Kumpulan Hezbollah memaklumkan anggota pejuangnya melancarkan artileri dan roket untuk menyerang tentera Israel di barat daya Lubnan.
Menerusi Telegram, kumpulan itu berkata, serangan di kawasan Labbouneh memaksa tentera Israel berundur.
Sebelum ini, Hezbollah berkata, pejuangnya bertempur dengan tentera Israel di bandar Blida, Lubnan.
Kumpulan itu berkata, tentera Israel yang melancarkan divisyen keempat tentera ke selatan Lubnan tidak dapat meneruskan kemaraan sejak melancarkan operasi darat, seminggu yang lalu.
Sementara itu, tentera Israel berkata, tiga askarnya cedera parah dalam pertempuran di selatan Lubnan sejak dua hari lalu. -AL JAZEERA