PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata BAM kini melakukan penstrukturan semula dengan menyaksikan hanya dua sektor dikekalkan jurulatihnya iaitu Nova Widianto (beregu campuran) dan Tan Bin Shen (beregu lelaki).
“BAM mengucapkan terima kasih kepada Hendrawan kerana sudah memberi sumbangan dari segi pengalaman dan pengetahuannya selama 15 tahun.
“Dia juga berjaya membantu Datuk Lee Chong Wei menang pingat perak (Sukan Olimpik), bawa Lee Zii Jia jadi juara (Seluruh England),” katanya ketika ditemui media di ABM hari ini.
Bagaimanapun, Rexy berkata pihaknya sudah memiliki beberapa calon untuk menggantikan Hendrawan namun keputusan masih belum dimuktamadkan. – UTUSAN