Harimau Malaya, Mats Deijl tidak 'berjodoh'

Harimau Malaya, Mats Deijl tidak ‘berjodoh’

Mats Deijl tidak melepasi syarat kelayakan daripada FIFA untuk menyertai skuad Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat penyokong bola sepak Malaysia untuk melihat Mats Deijl menyarung jersi Harimau Malaya tidak kesampaian selepas pemain kelab Go Ahead Eagles dari Belanda itu tidak melepasi syarat kelayakan ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, dokumen yang dilampirkan Deijl mendapati dirinya hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang, bukannya melalui datuk atau nenek seperti syarat ditetapkan FIFA.

“Berdasarkan dokumentasi-dokumentasi yang telah dilampirkan, didapati bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukannya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA,” kata FAM dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, pemain ini telah menunjukkan minat beliau untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan FAM telah dimaklumkan bahawa pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia.

Justeru FAM sejak dari 27 Jun lalu telah pun dapat menghubungi secara rasmi kelab, ejen dan pemain itu sendiri bagi membincangkan mengenai kelayakan beliau untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia.

Hasil perbincangan, pemain ini telah memberikan dokumen-dokumen berkaitan susur galur keluarganya yang menunjukkan beliau mempunyai hubung kait dengan negara Malaysia termasuk sijil lahir beliau, ayahnya, datuknya (sebelah ayah) serta pengesahan kelahiran moyangnya (sebelah ayah) iaitu ibu kepada datuk pemain tersebut.

Berdasarkan semakan, pemain itu mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang (ibu kepada datuk pemain) yang telah lahir di Singapura pada 24 Jun 1893, yang mana Singapura merupakan sebahagian dari Tanah Melayu ketika itu.

FAM bagaimanapun tetap berterima kasih kepada pemain ini atas minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia, namun ia tidak dapat direalisasikan.

Dalam perkembangsan lain, FAM juga telah berhubung dengan beberapa pemain lain sepertimana yang dicadangkan atau dihebahkan di platform media sosial, namun setakat ini tiada yang positif terutama dari segi dokumen kesahihan pemain tersebut memiliki darah keturunan Malaysia yang melepasi syarat ditetapkan oleh FIFA.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya