Hang Yee-Eng Cheong bangkit untuk menang

Hang Yee-Eng Cheong bangkit untuk menang

LOW Hang Yee-Ng Eng Cheong berjaya merangkul kejohanan Malaysia Super 100 2024 selepas menewaskan gandingan Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Presley Smith di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong bangkit untuk memenangi kejohanan pertama mereka di perlawanan akhir Malaysia Super 100, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Juara itu, pasangan yang menjadi naib juara pada kejohanan terbabit tahun lalu berjaya menewaskan gandingan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith 19-21, 21-15, 21-12.

Hang Yee berkata beliau bersama Eng Cheong membuat banyak kesilapan pada set pertama susulan mahu perlawanan yang sempurna sekali gus menyebabkan mereka tewas pada permainan terbabit.

“Pada awal permainan saya main agak kelam kabut. Banyak kesilapan datang dari diri saya sebab mahu permainan yang sempurna.

“Jurulatih beritahu kepada kami supaya bertenang dan jangan fikir menang atau kalah,” kata Hang Yee kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah, di Stadium Juara, hari ini.

LOW Hang Yee-Ng Eng Cheong berjaya menamatkan kemarau kemenangan mereka pada perlawanan akhir beregu lelaki Malaysia Super 100, di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini. – IHSAN BAM

Kemenangan itu menyaksikan Hang Yee-Eng Cheong berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$7,900 (RM34,005) berserta pingat.

Untuk rekod, pasangan profesional itu terpaksa akur dengan gelaran naib juara pada kejohanan edisi tahun lalu selepas tewas kepada gandingan Taiwan, Chen Cheng Kuan-Chen Sheng Fa, 23-21, 21-17 di Stadium Titiwangsa.

Dalam pada itu, aksi beregu campuran menyaksikan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan berjaya menewaskan gandingan Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 21-9, 12-21, 22-20 dalam tempoh 57 minit.

Acara perseorangan wanita menjadi milik pemain Jepun, Kaoru Sugiyama selepas menundukkan rakan senegaranya, Manami Suizu dalam permainan straight set, 21-18, 21-14.

Pilihan pertama, Chi Yu Jen dari Taiwan berjaya menewaskan pemain Singapura, Jason Teh 21-12, 21-23, 21-15 untuk mengungguli acara perseorangan lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya