GAZA: Kumpulan pejuang Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terkorban dalam serangan rejim Israel pada Khamis lalu.
Berita dukacita itu disahkan oleh Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Khalil Hayya menerusi rakaman video seperti disiarkan oleh Al Jazeera.
Berita kematian pemimpin itu juga tular dalam platform Twitter sehingga meraih 1.3 juta ciapan dari penduduk seluruh dunia.
Kematian Yahya yang sinonim dengan gelaran Umar al-Khattab itu juga menuai simpati mendalam daripada masyarakat antarabangsa.-AL JAZEERA