Gunung Lewotobi Laki-laki meletus, ribuan rumah rosak

Gunung Lewotobi Laki-laki meletus, ribuan rumah rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUSA TENGGARA TIMUR: Gunung berapi Lewotobi Laki-laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT), dilaporkan kembali Meletus pagi ini, yang memuntahkan abu gunung berapi setinggi 1,000 meter ke udara.

Menurut Pos Pengamatan Gunung Api (PGA) Lewotobi Laki-laki, letusan pertama berlaku pada pukul 7.01 pagi (waktu tempatan) dengan amplitud maksimum 10.5 mm dan berlangsung selama kira-kira 5 minit 12 saat.

Ketua PGA Lewotobi Laki-laki, Herman Yosef Mboro berkata, ketinggian abu mencapai 1,000 meter di atas puncak, sekitar 2,584 meter dari aras laut.

“Kepulan abu kelihatan berwarna kelabu dengan intensiti tebal dan cenderung ke arah barat laut,” kata Herman.

Tidak lama selepas itu, letusan kedua direkodkan pada pukul 07.20 pagi (waktu tempatan), dengan amplitud maksimum 10.5 mm dalam tempoh selama 7 minit 6 saat.

Herman turut mengingatkan penduduk yang terjejas agar memakai pelitup muka atau alat pelindung diri bagi mengelakkan bahaya dari abu gunung berapi.

Sehingga setakat ini, status Gunung Lewotobi Laki-laki masih berada di tahap III, iaitu berjaga-jaga.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Flores Timur, Fredy Moat Aeng menggesa penduduk yang terjejas supaya mengambil langkah pencegahan sendiri memandangkan hujan abu berlaku setiap hari.

“Saya menggesa masyarakat untuk melakukan usaha pencegahan secara mandiri,” katanya.

Tambah Fredy, sebanyak 2,366 kediaman telah rosak akibat letusan ini dan rumah-rumah tersebut berada di beberapa buah kampung. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya