Georgia catat pengundi tertinggi hari pertama pengundian awal

Georgia catat pengundi tertinggi hari pertama pengundian awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Negeri Georgia mencatatkan jumlah pengundi tertinggi pada hari pertama pengundian awal bagi Pilihan Raya di Amerika Syarikat, menunjukkan tahap penglibatan yang tinggi dalam negeri penting tersebut.

Beberapa jam selepas pusat pengundian dibuka pada Selasa, pegawai pilihan raya melaporkan lebih 251,000 pengundi telah menjalankan tanggungjawab mengundi.

Jumlah pengundi di Georgia telah mengatasi rekod sebelumnya bagi hari pertama pengundian awal pada 2020 yang menyaksikan 133,000 penduduk hadir untuk mengundi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Pejabat Setiausaha Negeri Georgia, Gabriel Sterling,
sebanyak 251, 899 undi telah dikira dan melepasi angka suku juta.

“Sehingga pukul 4 petang [ET], kami telah melepasi angka suku juta dengan 251,899 undi yang dikira. Penyertaan luar biasa. Kami kehabisan kata-kata untuk ini,” katanya menerusi laman sosial X.

Secara kebiasaannya, pengundian awal yang tinggi selalu memihak kepada parti Demokrat, walaupun kedua-dua parti menggesa pengundi untuk pergi ke pusat pengundian awal di negeri yang membenarkannya.

Pilihan Raya Presiden AS ditentukan melalui sistem pengundian unik yang dikenali sebagai ‘Electoral College’.

Georgia, yang mempunyai 16 undi Electoral College, merupakan salah satu daripada tujuh negeri ‘swing’ yang ketat, yang boleh memihak kepada Demokrat atau Republikan dalam kitaran pilihan raya kali ini.

Negeri-negeri penting lain termasuk Pennsylvania, Michigan, Wisconsin, Arizona, Nevada, dan North Carolina. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya