Genap setahun serangan 7 Oktober, rakyat Palestin rakam sejarah

Genap setahun serangan 7 Oktober, rakyat Palestin rakam sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas memuji serangan yang dilancarkan terhadap Israel 7 Oktober tahun lalu, menjelang ulang tahun pertama serangan di selatan Israel, yang mencetuskan peperangan di Gaza.

Timbalan Ketua Hamas yang berpangkalan di Qatar, Khalil Al-Hayya berkata, setahun selepas serangan itu, menyebabkan seluruh Palestin terutamanya di Gaza dan rakyatnya kini sedang menulis sejarah baharu dengan perjuangan, darah dan ketabahan mereka.

“Kejayaan serangan 7 Oktober lalu yang mulia telah menghancurkan ilusi musuh yang telah mereka ciptakan sendiri, menyakinkan dunia dan rantau ini mengenai kelebihan serta kemampuan mereka yang kononnya hebat,” katanya menerusi kiriman video.

Serangan yang kini genap setahun mengakibatkan kematian 1,205 orang, kebanyakannya orang awam, menurut anggaran AFP berdasarkan angka rasmi Israel termasuk tebusan yang dibunuh dalam tahanan.

Sekurang-kurangnya 41,870 rakyat Palestin, sebahagian besarnya orang awam, maut dalam kempen ketenteraan Israel di Gaza sejak peperangan bermula, menurut data yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikuasai oleh Hamas. PBB mengakui angka ini sebagai sumber yang boleh dipercayai.

Al-Hayya yang kini tampil sebagai wajah umum kumpulan pejuang itu selepas bekas pemimpinnya, Ismail Haniyeh, dibunuh Julai lalu, turut menegaskan penduduk Gaza terus bertahan daripada segala cubaan pemindahan walaupun berdepan dengan pelbagai bentuk penyiksaan dan keganasan, serta pembunuhan beramai-ramai dan pembantaian harian yang mengerikan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya