JAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengesahkan gempa bumi berukuran 4.8 skala Richter menggegarkan Pesisir Barat, Lampung, sekitar pukul 7.32 pagi (waktu tempatan), hari ini.
Setiausaha BPBD Pesisir Barat, Hermansyah berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kerosakan kediaman akibat gempa tersebut.
“Tiada kerosakan dilaporkan, malah ramai penduduk tidak merasakan gempa ini,” ujarnya.
Beliau juga merayu kepada seluruh masyarakat agar tetap berwaspada dan tidak panik.
“Kami menggesa semua penduduk di Kabupaten Pesisir Barat untuk tetap tenang,” tambahnya.
BMKG juga memaklumkan tiada potensi tsunami yang akan berlaku akibat gempa ini, tetapi memberi amaran kepada masyarakat agar berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan. -AGENSI