Feri ikonik Pulau Pinang akan ditunda esok

Feri ikonik Pulau Pinang akan ditunda esok

FERI ikonik Pulau Pinang yang sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang akan ditunda dari Bagan Dalam Slipway ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), di George Town, Pulau Pinang, esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Feri ikonik Pulau Pinang yang sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang akan ditunda dari Bagan Dalam Slipway ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), esok.

Kurator Muzium Feri Pulau Pinang, Siti Faridah Hani Damsi berkata, feri tersebut yang pada asalnya separa tenggelam di Bagan Dalam pada tahun 2021 dan kini, ia sedang giat dibaik pulih untuk dijadikan muzium oleh Syarikat Printhero Merchandise Sdn. Bhd.

“Feri ikonik itu akan ditunda pada pukul 12.30 tengah hari esok dan dijangka tiba di KTMB Swing Bridge sekitar pukul 1 tengah hari sebelum berhenti seketika untuk menanti jambatan dibuka seterusnya pada pukul 1.10 tengah hari.

“Penundaan feri akan diteruskan untuk berlabuh sementara waktu di SPCT. Untuk makluman kerja-kerja baik pulih feri ini masih belum siap sepenuhnya, dan penundaan ke SPCT adalah untuk menyelesaikan baki kerja baik pulih feri sebelum ia diletakkan di Tanjung City Marina,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, feri ikonik Pulau Pinang yang dijadikan muzium feri terapung akan beroperasi penghujung tahun ini dan proses ubah suai ketika ini telah mencapai 90 peratus.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin dilaporkan berkata, feri ikonik tersebut akan diletakkan di Tanjung City Marina, untuk dipamerkan kepada orang ramai nanti.

Soon Hin berkata, kerja membaik pulih serta mengubah suai itu dilaksanakan oleh syarikat swasta yang berkelayakan dengan kos mencecah jutaan ringgit.

Dalam pada itu, Siti Faridah berkata, orang ramai dijemput untuk menyaksikan detik bersejarah itu kerana ia merupakan feri terakhir yang melintasi KTMB Swing Bridge berikutan penutupan Bagan Dalam Slipway.

Pada masa yang sama katanya, mereka juga berpeluang untuk merakam detik-detik terakhir feri ikonik tersebut menyelusuri Selat Pulau Pinang.

“Feri ikonik sememangnya memainkan peranan penting dalam sejarah perkhidmatan feri di Pulau Pinang,” kata beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya