FAM dapat RM15 juta

FAM dapat RM15 juta

HAMIDIN Mohd. Amin (kanan) menghadiahkan jersi Malaysia kepada Anwar Ibrahim sempena kunjungan hormat di Bangunan Perdana Putra Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menerima dana berjumlah RM15 juta umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025, sebentar tadi.

Jumlah berkenaan diperuntukan bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak terutamanya melibatkan Harimau Malaya.

“Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, RM15 juta disediakan kepada pasukan Harimau Malaya, pasukan bawah 18 dan bawah 13.

“Dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain,” katanya.

Skuad Harimau Malaya ketika ini menduduki ranking ke-132 dunia dan akan beraksi di Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya