Empat maut dalam serangan dron Israel di kem pelarian Lubnan

Empat maut dalam serangan dron Israel di kem pelarian Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Media tempatan melaporkan seramai empat orang terkorban dalam serangan dron Israel yang menyasarkan kem pelarian di utara Lubnan, semalam.

Serangan itu dilaporkan mengenai sebuah bangunan pangsapuri di kem Beddawi, yang merupakan kem pelarian Palestin berhampiran bandar Tripoli, lebih 80 kilometer di utara ibu negara Beirut.

Namun, laporan berita tidak memberikan maklumat lanjut mengenai identiti keempat-empat mangsa.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA), kem Beddawi yang ditubuhkan pada 1955, mempunyai lima sekolah yang dikendalikan oleh UNRWA dan menampung lebih 3,700 pelajar dalam kalangan kira-kira 18,000 penduduk di kem tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya