Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000

Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu. 

Mengikut pertuduhan, jurujual, Putra Ramadan Jendaita, 37; pengawal keselamatan, Ahmad Ramdhani Subhan, 25; bekerja sendiri, Nazuwar Nahar, 36; dan pengawal keselamatan, Afrizal Muslim, 39, didakwa merompak dua jongkong emas anggaran berat dua kilogram daripada seorang penghantar emas di tepi jalan, berhadapan LRT Damai, Kampung Datuk Keramat, pada pukul 2.30 petang, 3 Oktober lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ikhwan Mohd Nasir manakala Putra Ramadan, Ahmad Ramdhani dan Afrizal diwakili peguam bela, Ramalingam Karuppiah dan peguam bela Rodzim Zaimy Abdul Hamid mewakili Nazuwar.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 25 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya