Dua maut akibat letupan berdekatan Lapangan Terbang Karachi

Dua maut akibat letupan berdekatan Lapangan Terbang Karachi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Satu letupan besar berlaku di luar Lapangan Terbang Karachi, Pakistan, semalam, sehingga menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan lagi cedera, menurut pegawai tempatan.

Pihak polis dan kerajaan wilayah berkata, letupan tersebut berpunca daripada sebuah lori tangki yang meletup di luar lapangan terbang berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Zia Ul Hassan memberitahu stesen televisyen tempatan, Geo, serangan itu menyasarkan warga asing.

Seorang pegawai dari Kementerian Dalam Negeri memberitahu Associated Press serangan itu ditujukan kepada warga China, dan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan.

Pegawai tersebut yang tidak mendedahkan identitinya berkata, ribuan pekerja China berada di Pakistan, kebanyakan terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Jalan bernilai berbilion dolar yang menghubungkan Asia Selatan dan Tengah dengan ibu kota China, Beijing.

Video yang tersebar juga menunjukkan beberapa kereta terbakar dan kepulan asap tebal di tempat kejadian, manakala, pihak tentera dikerah dalam jumlah yang besar di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Bahagian Timur, Azfar Mahesar memberitahu media letupan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh lori tangki minyak.

“Kami sedang menyiasat punca sebenar letupan. Ia memerlukan masa,” tambahnya.

Beberapa anggota polis turut mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Menteri Dalam Negeri wilayah dan Ketua Polis turut melawat lokasi kejadian, namun mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya