Claudia Sheinbaum dilantik jadi Presiden Wanita Pertama Mexico

Claudia Sheinbaum dilantik jadi Presiden Wanita Pertama Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Claudia Sheinbaum mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Presiden Mexico dalam satu majlis angkat sumpah, semalam.

Sheinbaum, seorang saintis iklim berusia 62 tahun dan bekas Datuk Bandar Mexico City, akan memegang jawatan selama enam tahun sehingga 2030.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan ahli Parlimen, sementara penyokongnya bersorak “Presiden! Presiden!” dan “Hidup Mexico!”

“Inilah masa untuk perubahan, inilah masa untuk wanita,” kata Sheinbaum dalam ucapannya.

Sebagai presiden baharu, Sheinbaum akan mengharungi Pilihan Raya Amerika Syarikat pada 5 November depan yang berpotensi mengubah hubungan dengan rakan dagang utama Mexico.

Pada penghujung November, beliau dijangka membentangkan bajet pertama kerajaannya, dijangka memberi petunjuk sama ada Sheinbaum mampu memenuhi komitmen untuk mengurangkan defisit fiskal negara sambil mengekalkan perbelanjaan kebajikan yang popular serta inisiatif memerangi jenayah yang mahal.

Tugas ini datang pada waktu ekonomi Mexico, yang merupakan ekonomi kedua terbesar di Amerika Latin, dijangka hanya mencatatkan pertumbuhan sederhana.

Mexico, salah satu negara paling konservatif di Amerika Latin, belum pernah melantik seorang presiden wanita sejak merdeka dari Sepanyol, dengan semua 65 presidennya sebelum ini adalah lelaki.

Sheinbaum berjanji untuk menerapkan pendekatan ini di seluruh negara yang masih bergelut dengan kadar jenayah tinggi dan pengaruh besar kartel dadah, namun, pengkritik mempersoalkan sejauh mana realistiknya janji tersebut.

Beliau menyatakan akan melindungi dominasi industri syarikat minyak dan tenaga milik kerajaan Mexico, sambil menunjukkan minat untuk beralih kepada projek tenaga boleh diperbaharui.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Alam Sekitar di bawah pentadbiran Lopez Obrador ketika beliau menjawat jawatan Datuk Bandar Mexico City, dan juga menjadi jurucakap utama untuk kempen presiden Lopez Obrador yang gagal pada 2006. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya