Bubur nasi jadi penyelamat Wahidah

Bubur nasi jadi penyelamat Wahidah

WAHIDAH Yaakop melihat rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Umbai, Merlimau, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: “Kerana teringin sangat hendak makan bubur nasi menjadi asbab saya masih hidup lagi”.

Itu luahan syukur pemilik rumah, Wahidah Yaakop, 49, yang terselamat dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka milik keluarganya di Kampung Umbai, Merlimau di sini, Selasa lalu.

Katanya, ketika kejadian dia tinggal seorang diri di rumah manakala anaknya, Yassier Yusri, 24, keluar bekerja.

“Saya sudah beberapa hari terlantar di atas katil kerana demam dan kebetulan saya teringin sangat hendak makan bubur nasi. Jadi, saya buat keputusan keluar membeli di gerai berhampiran yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah.

“Tidak lama selepas itu saya mendapat panggilan daripada adik yang memberitahu rumah terbakar. Saya terus bergegas pulang dan mendapati api sedang marak.

“Saya hanya mampu melihat dari jauh memandangkan berlaku beberapa letupan di dalam rumah. Saya ber­syukur kerana kebakaran ini tidak melibatkan kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Wahidah, dia kini tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan harta benda dan dokumen pen­ting manakala rumah pusaka yang didiami sejak 46 tahun lalu musnah sepenuhnya.

Menurutnya, kebakaran di­percayai bermula dari bahagian dapur sebelum merebak ke ruang tamu dan bilik tidur.

“Kerugian dianggarkan me­lebihi RM260,000. Punca kebakaran masih disiasat oleh pihak bomba.

“Buat sementara ini saya akan tinggal di rumah transit Rimbunan Kaseh di Serkam. Tapak rumah lama akan dibersihkan untuk pembinaan semula kediaman baharu,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya