Blitz Steroids juara edisi sulung Thunder Throw-Turo Show

Blitz Steroids juara edisi sulung Thunder Throw-Turo Show

BARISAN Pemain Blitz Steroids menunjuk pingat selepas merangkul kejuaraan dodgeball edisi sulung Thunder Throw-Turo Show.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Blitz Steroids berjaya merangkul kejuaraan dodgeball edisi sulung Thunder Throw-Turo Show selepas menumpaskan Aces 5-4 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, hari ini.

Selepas mudah melepasi peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir, Blitz Steroids berdepan ujian sebenar ketika berentap dengan Aces pada final yang menyaksikan mereka perlu dipaksa bekerja keras sebelum berjaya meraih kemenangan.

Menurut ketua pasukan Blitz Steroids, Lee Kar Wai, mereka sangat gembira kerana bukan sahaja muncul juara dalam aksi edisi sulung ini, malah diberikan peluang mempamerkan kehebatan secara terbuka di pusat membeli-belah.

“Seronok dapat bermain di pusat membeli-belah yang terkenal ini, penyokong sentiasa memberikan kata-kata semangat. Bagaimanapun, ada masa membuatkan pemain menjadi gementar dan tertekan.

“Saya gembira mereka menguatkan mental dan mengejar ketika ketinggalan 0-2,” kata Kar Wai.

Tambah pemain kelahiran Kuala Lumpur itu, mengadakan kejohanan di pusat membeli-belah juga boleh memberikan banyak pendedahan dan mendekatkan diri sukan dodgeball kepada masyarakat.

Sementara itu, dalam aksi penentuan tempat ketiga, Anak Malaya 1 berjaya menumpaskan Blitz Austistic 5-4.

Diadakan selama dua hari dari 12 hingga 13 Oktober 2024 dan bersempena dengan Hari Sukan Negara (HSN) 2024, kejohanan ini turut menggabungkan antara sukan dan hiburan, selepas menampilkan persembahan nyanyian, pancaragam dan pasukan sorak.

Kejohanan yang membabitkan 10 pasukan menggunakan format peringkat kumpulan (Kumpulan A dan B) dengan empat terbaik akan mara ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan akhir.

Kumpulan A terdiri daripada Rainos DC, Blitz Austistic, Earthshakers DC, Blitz Steroids dan Anak Malaya 2, manakala Kumpulan B menampilkan Happy Happy YYDC, Blitz OKU, Aces, ITZ Blitz dan Anak Malaya 1.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MAD, S Dasataran memuji penganjuran kejohanan itu yang mampu memperkenalkan lagi dodgeball dalam komuniti selain memupuk budaya hidup sihat dalam masyarakat.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana kejohanan ini saya lihat berada dalam kelas tersendiri. Penganjur berjaya membuatkan saya terkejut. Mungkin boleh bekerjasama selepas ini untuk program tahun 2025,”jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya