PETALING JAYA: Hasrat untuk melihat dua beregu lelaki negara beraksi sesama sendiri di pentas separuh akhir Terbuka Arctic 2024 musnah apabila Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas kepada gandingan No. 1 dunia, sebentar tadi.
Pasangan No. 13 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan beregu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang apabila tewas dalam permainan tiga set 21-17, 16-21, 21-17 dalam tempoh 58 minit.
Kekalahan itu menyaksikan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bakal bertemu dengan pasangan China berkenaan di pentas separuh akhir esok.
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kelima berturut-turut buat Wei Chong-Kai Wun dalam lima pertemuan mereka setakat ini. – UTUSAN