Bekas eksekutif kanan dicekup, minta rasuah hampir RM370,000

Bekas eksekutif kanan dicekup, minta rasuah hampir RM370,000

SEORANG bekas eksekutif kanan sebuah syarikat berkaitan petroleum dan gas ditahan reman SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM370,000 di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat berkaitan petroleum dan gas ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM370,000.

Tindakan itu sebagai balasan bagi mendapatkan kontrak untuk melantik konsultan bagi syarikat berkenaan.

Perintah reman selama empat hari sehingga Jumaat ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek pada ketika itu yang bertugas sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat berkaitan petroleum dan gas dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada empat individu.

“Ia bagi membolehkan mereka dilantik sebagai konsultan pakar geologi untuk kerja-kerja di syarikat tersebut,” katanya hari ini.

Sumber berkata, kesemua individu terbabit dibayar antara RM750 hingga RM2,100 sehari bergantung kepada kadar bayaran konsultan pakar geologi dan tawaran diputuskan syarikat suspek.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik suspek daripada akaun bank keempat-empat individu tersebut yang berjumlah antara RM150 hingga RM500 sehari,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya