Bekas despatch diarah bela diri edar dadah 11kg

Bekas despatch diarah bela diri edar dadah 11kg

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bekas penghantar surat (despatch) diarah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat hampir 11 kilogram (kg), tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid membuat ketetapan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan terhadap tertuduh, Yee Kok Chong, 43.

“Keterangan saksi pendakwaan yang membuat tangkapan serta dapatan yang konsisten termasuk isu pemilikan beg berisi dadah yang ditemui di tempat kejadian. Tindakan tertuduh yang bertindak menolak beg dari bangku hingga jatuh di atas tanah menunjukkan dia tahu isi kandungannya.

“Selain itu, tiada sesiapa di lokasi tersebut selain tertuduh. Ini menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai kawalan terhadap beg berkenaan.

“Berdasarkan berat melebihi minimum yang telah dibangkitkan, pendakwaan berjaya membuktikan elemen kesalahan dan terpakainya anggapan perbuatan tertuduh mengedar dadah. Justeru, tertuduh diarahkan untuk membela diri,” kata Mohd. Radzi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 10,898 gram di bangku kayu, persimpangan Lereh 3 dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 7.05 malam pada 14 Januari 2021.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati mandatori mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya