TANGERANG: Seorang lelaki ditahan selepas menjual anaknya yang berusia 11 bulan, gara-gara terdesak memerlukan wang untuk berjudi. Suspek yang berusia 36 tahun mengaku menjual bayi itu dengan harga 15 juta rupiah (RM4,085) kerana kehabisan wang akibat berjudi dalam talian. Ketua Unit Siasatan Jenayah Metro Tangerang, David Yunior Kanitero berkata, suspek menjual bayinya untuk memenuhi keperluan ekonomi, sementara ibu mangsa bekerja di Kalimantan. Beliau berkata, polis turut menahan dua lagi individu berusia 30-an yang disyaki menjadi pembeli bayi berkenaan. “Pada mulanya, transaksi jual beli bayi itu berlaku selepas suspek melihat maklumat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya