BANGKOK: Banjir kilat yang melanda kawasan pelancongan terkenal Thailand, Chiang Mai, meragut tiga nyawa, menurut seorang pegawai kesihatan. Para pelancong dilaporkan terpaksa dipindahkan dari hotel-hotel melalui air berlumpur setinggi lutut, manakala kedai-kedai di pusat bandar terpaksa ditutup. Dua ekor gajah turut ditemukan lemas akibat paras air banjir yang naik dengan pantas di utara bandar tersebut, menurut pengurusan sebuah pusat pemeliharaan gajah. Di pusat bandar Chiang Mai, orang ramai dilihat meredah air banjir berlumpur di pasar malam, manakala air turut memasuki stesen keretapi pusat yang kini telah ditutup. Media tempatan melaporkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya