Banjir besar Sepanyol: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Banjir besar Sepanyol: Tiada rakyat Malaysia terlibat

ORANG ramai memanjat timbunan kereta yang dihanyutkan oleh banjir di Sedavi, selatan Valencia, timur Sepanyol, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas berikutan bencana banjir besar yang melanda kawasan timur Valencia, Sepanyol.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau situasi itu dan menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan berkenaan agar berwaspada.

“Mereka dinasihatkan agar berwaspada dan mematuhi panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mereka yang belum mendaftar atau mengemaskini keberadaan dan maklumat diri adalah digalakkan berbuat demikian di portal https://ekonsular.kln.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Wisma Putra memberitahu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, atau mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Sepanyol, khususnya kepada mangsa yang terkesan akibat banjir ini.

“Malaysia mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh dan usaha membaik pulih harta benda serta infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Banjir yang melanda Valencia, Sepanyol dilaporkan terus memburuk apabila ramai yang terkorban dan dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda wilayah itu sejak Selasa.

Setakat hari ini waktu tempatan, jumlah korban akibat banjir di Valencia meningkat kepada 95 orang selepas hujan lebat melanda bahagian timur wilayah itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, jambatan dan bangunan dihanyutkan manakala sebilangan kediaman dan kereta ditenggelami air.

Laporan antarabangsa melaporkan, ia merupakan banjir paling dahsyat di negara itu dalam tempoh tiga dekad.

Keadaan itu menyebabkan kemalangan di lebuh raya dan menenggelamkan kawasan pertanian di wilayah yang menghasilkan dua pertiga buah sitrus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya