Banjir besar di Nigeria paksa puluhan ribu penduduk berpindah

Banjir besar di Nigeria paksa puluhan ribu penduduk berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Paras air di dua sungai utama yang melimpah di tengah Nigeria menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah, menurut kenyataan Palang Merah kepada AFP.

Pasukan penyelamat di Negeri Kogi kini bertungkus-lumus membantu penduduk berpindah dari kawasan pertemuan Sungai Niger dan Sungai Benue ke kem penempatan sementara atau kampung-kampung berhampiran.

Pegawai Pengurusan Bencana Palang Merah di Kogi, Umar Y Mahmud berkata, terdapat lebih 60,000 orang dipindahkan dan ribuan hektar tanah kini ditenggelamkan air.

“Keadaan sangat teruk ketika ini kerana paras air Sungai Niger semakin meningkat,” kata Mahmud.

Pesuruhjaya Maklumat Negeri Kogi, Kingsley Femi Fanwo berkata, kem-kem penempatan semakin sesak dan menganggarkan lebih sejuta orang mungkin terjejas di kawasan berkenaan.

Banjir ini semakin meningkat sejak sebulan lalu, melanda kawasan yang padat dengan penduduk termasuk sebahagian ibu negeri, Lokoja.

Menurut Fanwo, lebih tiga perempat tanah di daerah Ibaji ditenggelamkan air.

Nigeria sering mengalami banjir semasa musim hujan dari Mei hingga November, namun terdapat kebimbangan banjir tahun ini mungkin lebih buruk berbanding 2022 apabila lebih 500 orang terkorban.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Banjir di Maiduguri, ibu negeri Borno di timur laut Nigeria, pada bulan September lalu telah meragut sekurang-kurangnya 37 nyawa.

Pegawai dan penduduk sering menyalahkan kerosakan akibat banjir ini kepada perubahan iklim serta perancangan yang tidak baik, pembinaan di sepanjang tebing sungai dan pelepasan air dari empangan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya