ARGENTINA: Sebuah bandar kecil berhampiran pantai Atlantik di timur Argentina kini berdepan masalah yang luar biasa akibat serangan ribuan burung nuri hijau kuning merah. Menurut Pakar Biologi, Daiana Lera, burung-burung ini menyerbu kawasan bandar akibat kemusnahan hutan di bukit-bukit berhampiran dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik di bandar tersebut apabila burung nuri menggigit kabel-kabel elektrik, sekaligus mengundang masalah kepada penduduk tempatan. “Bukit-bukit yang semakin hilang memaksa burung-burung ini mencari makanan, tempat berteduh, dan sumber air lebih dekat dengan bandar,” jelas Lera, yang menambah kawasan hutan di Argentina semakin terhakis saban tahun.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya