BAM belum sedia umum calon jurulatih baharu

BAM belum sedia umum calon jurulatih baharu

Rosman Razak (kiri) menjadi calon yang disebut bakal mengalas tugas sebagai jurulatih perseorangan wanita negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) nampaknya masih belum bersedia untuk mengumumkan calon jurulatih perseorangan lelaki dan wanita seperti yang diuar-uarkan sebelum ini ia akan berlaku, semalam.

Namun, sewaktu berkunjung ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, dekat sini, pihak media dimaklumkan badan induk sukan badminton negara itu masih belum bersedia untuk berbuat demikian.

Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut dan hanya mengesahkan proses pemilihan calon jurulatih tersebut belum dapat dimuktamadkan lagi.

“Saya berharap pihak media dapat bersabar, kita akan umumkan nanti sebaik semuanya sudah bersedia, jangan bimbang kita akan maklumkan semua nanti,” katanya ringkas di sini, semalam.

Selasa lalu, Ketua Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky berkata, BAM akan mengumumkan calon tersebut pada Jumaat, selepas rundingan yang berada di peringkat akhir dimuktamadkan.

Terdapat beberapa nama yang disebut-sebut berpotensi mengisi kekosongan jawatan tersebut antaranya bekas ketua jurulatih Denmark, Kenneth Jonassen dan Mulyo Handoyo yang pernah membimbing legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat.

Nama ketua jurulatih Jepun, Park Joo Bong dan Park Ji Hyun dari Korea Selatan turut dikaitkan berada di dalam senarai panjang BAM untuk menjawat jawatan penting tersebut.

Selain jurulatih perseorangan yang masih menjadi tanda tanya, jurulatih wanita dikhabarkan bakal digalas oleh pengendali berpengalaman, Rosman Razak.

Jika benar, Rosman merupakan insan yang akan dibawa masuk BAM, maka, pelantikan jurulatih itu ibarat ‘bagai sirih pulang ke gagang’.

Kejayaan Rosman membimbing beberapa beregu profesional Malaysia seperti Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan yang terbaharu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani meletakkan beliau sebagai calon yang tepat dipilih BAM

Sewaktu bersama BAM dulu, Rosman pernah menaikkan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan sebagai jurulatih, beliau sering menerapkan pengetahuan sains sukan ke dalam latihan serta memiliki rekod kerja yang bersih dan berdisiplin tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya